Thursday, 11 May 2017

Awan ohhh Awan. Alat Bantu Mengajar Teknik Menerap Imej: Jenis-jenis Awan



PENGENALAN

Bahan bantu mengajar bermaksud segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan proses pembelajaran di sekolah. Bahan bantu mengajar juga adalah bahan yang boleh dilihat, didengar, dibaca, dipegang, dihidu, digunakan dan sebagainya.
            Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Dalam menentukan kejayaan para pelajar,bahan bantu mengajar ini sangat memainkan peranan yang penting.Ia dapat menimbulkan rangsangan keinginan dalam kalangan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan juga untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Teknik atau strategi membaca secara kritikal bermaksud membaca secara berkesan memerlukan pembaca mendekati teks secara kritikal. Pembacaan secara kritikal memerlukan pembacaanya menilai apa yang dibaca bukan sekadar mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan. Pembacaan secara kritikal berupaya memandu pengalamanya untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya proses pembacaan mereka menjadi pembacaan berkesan.

            Teknik menerap imej pula adalah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang di baca sebagai cara untuk mempertingkatkankefahaman. Tiga perkara asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.

JENIS-JENIS ALAT BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar atau BBM, adalah alat atau instrument yang boleh digunakan oleh guru disekolah untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti pengajaran. Alat bantu mengajar ini juga terdapat banyak jenis  dan mempunyai kaedah yang berbeza untuk digunakan. Menurut Brown J.W (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

a)      Bahan bantu mengajar bukan elektronik.
b)      Bahan bantu mengajar elektronik.
c)      Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1.      Papan tulis atau papan hitam
2.      Buku teks
3.      Papan pamer atau papan bulletin
4.      Model
Bahan Bantu Mengajar Elektronik
1.      Overhead Projector (OHP)
2.      LCD Projector
Bahan Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar
1.      Pengalaman

Bahan bantu mengajar yang dipilih untuk bacaan pengajaran pada kali ini adalah merujuk kepada bahan bantu mengajar bukan elektronik iaitu model. Model adalah bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar. Bahan ini kebiasaanya bersifat tiga dimensi (3D), yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi. Model juga, boleh dikatakan sebagai bahan yang mudah meresap ke dalam minda pelajar dan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pembelajaran. Pada kebiasaanya, alat bantu mengajar seperti model, digunakan dalam mata pelajaran Sains, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi, dan sebagainya. 

Kajian Tindakan Pengajaran Bentuk Puisi

Kajian tindakan adalah berteraskan pengajaran BENTUK PUISI. Bagi mendapatkan sorotan penuh kajian tindakan ini sila layari link di bawah; ...