KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI III)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang
8" x 8" x 3"
·
10 biji telur A
·
300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus,
diayak dan kemudian barulah ditimbang)
·
500g mentega berkualiti/pure creamy butter
·
1 sudu besar ovallete
·
75ml air sejuk (dari peti ais)
·
1 sudu kecil esen vanilla
·
100g gula kastor
·
300g susu pekat manis
·
haw slice/ hawflake secukupnya
·
2
sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan
jenama lain)
·
sedikit
pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand)
cara-cara :
1.
Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung
biskut marie dan ovallete hingga kembang.
2.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga
putih berkrim.
3.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan
menggunakan kelajuan paling minima.
4.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit
untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning)
5.
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau
mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu
mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
6.
Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke
dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih
kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak
tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah
itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble
jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah
dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar
hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya
cantik sekata)
7.
Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3
lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak
atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan
adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis.
(PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM
MELAPIS)
8.
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan
lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang
masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama
7-10 minit dengan suhu 140C-160C)
9.
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek
terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek
dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti
sejuk.
Ini adalah cara2 MeM melapis kek asam manis.
Kalau tak silap menggunakan loyang 10 inci. Adunan 9 sudu besar utk setiap
lapisan.
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis
oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan
kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.
***sukatan gula mengikut citarasa
masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah
dikurangkan ke 100g shj.
***mentega berkualiti
contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar
menggunakan Buttercup)
***semakin lama kek
disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti
sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek
terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem
atau mentega.
No comments:
Post a Comment