Monday, 30 November 2015

DISCOVERY KEDAH

DISCOVERY KEDAH 2016 BERMULA MAC TAHUN HADAPAN

Kuala Lumpur – Kerajaan Kedah menganjurkan kempen “Discovery  Kedah 2016 pada Mac Tahun Depan” yang menyediakan pelbagai program pelancongan khas dan mengesyorkan kedatangan lima juta pelancong di Negara itu.
            Menteri Besar Dato’ Seri Mukhris Tun Mohathir berkata kempen tersebut merupakan usaha yang julung kali diadakan bagi mempromosikan Kedah sebagai salah satu dastinasi pilihan menarik buat para pelancong di negara ini.
            Menurut beliau kempen tersebut bertemakan “Kedah, Malaysia Where it All Began” dan mengesyorkan pelancong dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Brunei, dan Singapura.
            Kedah merupakan sebuh negeri yang mengagumkan dan kami mahu menjadikan pelancong datang untuk melihat keindahan sendiri.
            Pakar sejarah purba dan ahli sejarah telah membuktikan bahawa Kedah adalah tapak peradaban atau tamadun yang tertua di Asia Tenggara dan kesultanan Kedah adalah salah satu pemerintahan beraja berterusan yang tertua di dunia.
            Saya yakin sasaran lima juta pelancong berkunjung ke Kedah akan tercapai dan ini sekaligus mampu mengangkat nama kedah sebagai satu destinasi pelancongan menarik di rantau ASEAN, katanya.
            Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian ‘Kempen Discovery Kedah 2016’ di Hotel Seri Pasifik disini baru-baru ini.
Yang turut hadir Exco Pelancongan Kedah Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid, pegawai kewangan negeri Kedah Dato’ Bakar Din dan pengarah kanan bahagian promosi Tourism Malaysia Datin Normasila Musa.


No comments:

Post a Comment

Kajian Tindakan Pengajaran Bentuk Puisi

Kajian tindakan adalah berteraskan pengajaran BENTUK PUISI. Bagi mendapatkan sorotan penuh kajian tindakan ini sila layari link di bawah; ...