Saturday, 28 November 2015

PENGENALAN KEPADA KARYA PENGLIPUR LARA

KARYA PENGLIPUR LARA
*Daripada Hikayat Malim Deman

Dilihat dari sudut keaslian hikayat, karya penglipur lara merupakan satu jambatan penghubung yang awal bagi masyarakat Melayu mengenal alam kehidupan raja, sesuatu yang sangat sukar dicapai dalam realiti kehidupan yang sebenar. Walaupun karya berkenaan bercorak khayalan dan fantasi serta bermatlamat memberi catarsis dan escapism kepada penutur dan khalayaknya, tetapi ia turut menampilkan falsafah ketinggian nilai hubungan raja yang membuat kenduri-kendara secara besar-besaran selama 40 hari 40 malam yang sering terdapat dalam karya penglipur lara dapat juga menggambarkan peri akrabnya hubungan raja dengan rakyat, dengan memberi sedekah makanan dan hiburan dengan semurah-murahnya dan semeriah-meriahnya. Contoh demikian bunyinya;
“Maka baginda pun lalu memulai pekerjaan berjaga-jaga. Maka sekalian sida-sida bentara sekalianpun menghiasi istana dan balai penghadapan terlalulah indah-indah peraturannya. Maka kepada masa ketika yang baik malam Ahad bersusun Senin bekerjalah tiga bulan lamanya:

            Sabung tak berhenti tiga bulan,
            Sabung bertunda bulu ayam,
            Air didih menganak sungai,
            Kerak nasi membusut jantan,
            Terung berbuah di gelegar,
            Kunyit berhimpang atas para,
Serai beranak atas dapur.”
(rujukan ms/35)

Contoh diatas adalah menerangkan tentang sambutan kesyukuran yang berlangsung selama tiga bulan dengan penglipur laranya itu. Majlis yang diadakan oleh Tuanku Gombang Malim adalah untuk menyambut kepulangan anakanda baginda Tuanku Malim Deman yang selamat kembali daripada hulu Bandar Muar setelah sekian lama baginda mengembara mendapatkan Puteri Bongsu. Majlis itu juga adalah bagi mengahwinkan sekali lagi Tuanku Malim Deman dengan Puteri Bongsu seterusnya ditabalkan sebagai pengganti ayahanda baginda.



No comments:

Post a Comment

Kajian Tindakan Pengajaran Bentuk Puisi

Kajian tindakan adalah berteraskan pengajaran BENTUK PUISI. Bagi mendapatkan sorotan penuh kajian tindakan ini sila layari link di bawah; ...