Peranan Tulisan Jawi Pada Zaman
Sekarang, Masih Releven Atau Tidak Dalam Perkembangan Sains Dan Teknologi.
Tulisan Jawi adalah sebagai penanda
aras kepada penguasaan tamadun Islam. Tulisan ini akan cuba mengupas persoalan
ini dengan mengenengahkan peranan tamadun Islam dalam mengembangkan
penguasaannya sehingga ke dunia sebelah nusantara ini, dengan tulisan sebagai
petunjuk kepada penguasaan tersebut. Seterusnya, tulisan ini juga akan
mengeluarkan beberapa pengajaran daripada analisis ini yang boleh digunakan
oleh generasi hari ini dalam mengukuhkan penggunaan tulisan jawi dalam
masyarakat Malaysia khususnya.Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab yang
tiba ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan Islam.Sememangnya
sejarah penggunaan tulisan Jawi amat rapat dengan sejarah kemasukan dan
penghayatan Islam di seluruh Kepulauan Melayu amnya dan Malaysia khususnya.Tulisan
Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan berasaskan huruf Arab, untuk mengeja
bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam walaupun sebelum ini
bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi. Ini adalah kerana tulisan Jawi lebih
serasi untuk melambangkan bunyi istilah-istilah agama Islam yang kebanyakannya
bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadith yang wajib disebut secara betul supaya
tidak berlaku perubahan bunyi yang mudah terjadi jika dieja dalam tulisan Rumi
dan dapat menjejas keimanan pembaca tersebut kerana huruf jawi memiliki maksud
yang tersendiri. Persoalannya, apakan peranan tulisan Jawi pada zaman sekarang
ini masih releven atau tidak dalam perkembangan sains dan teknologi.
Pada
pendapat saya, peranan tulisan Jawi pada zaman perkembangan sains dan teknologi
kini masih lagi releven. Dilihat pada zaman dahulu banyak juga karya-karya Arab
dan Parsi yang di terjemah kedalam bahasa Melayu yakni dalam tulisan Jawi
(Teuku Iskandar, 1995: 317). Tulisan Jawi amat releven pada masa kini adalah untuk
mentransliterasi karya yang di hantar oleh kenalan atau masyarakat melalui sistem
teknologi kini. diliha Dalam arus perkembangan sains dan teknologi kini,
penggunaan media sosial adalah cukup meluas seperti laman sesawang Face Book,
WhatsApp, WeChat, Twitter dan pelbagai aplikasi lagi, maka penyebaran
dakyah-dakyah adalah cukup meluas dan mudah sampai. Penyebaran dakyah-dakyah
ini bukan sahaja menggunakan tulisan rumi malahan ada juga yang menyelitkan
penggunaan tulisan Jawi. Saya mengusul perkara ini kerana, bimbang mungkin akan
ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah sesat dalam
media sosial dengan menyelitkan hal yang sesat tersebut dalam betuk tulisan
Jawi ini kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini tahu bahawa ada sesetengah
masyarakat akan bersetuju dengan sesuatu yang dihantar itu tanpa mengetahui
maksud yang sebenar dek kerana tidak mengenal Jawi. Persetujuan ini berlaku
apabila masyarakat menekan tanda “Like” yang berkna setuju seperti dalam susun
atur penggunaan Face Book ini. Bukan mengapa, hal ini bimbang akan jatuh kepada
kufur atau kafir seseorang itu kerana kelalaiannya dalam menyetujui sesuatu.
Oleh itu, pembelajaran tulisan jawi dapat membina insan yang lebih fokus dalam
menentukan sesuatu untuk dirinya mahupun kepada masyarakat lain.
Seterusnya, tulisan Jawi masih lagi
releven, kerana merupakan satu warisan. Sejarah menunjukkan bukti bahawa, zaman
kegemilangan tulisan Jawi dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan ketinggian
martabatnya terutama pada abad ke-18 kerana perjanjian-perjanjian penting ini
ditandatangani dalam tulisan Jawi serta dengan perjanjiannya yakni zaman
penjajahan British di tanah Melayu yang bertarikh antara 1786 hingga 1794,
penjajahan Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, perjanjian Pangkor
1874, pemasyuran kemerdekaan 1957. Begitu hayat tulisan Jawi dalam gelombang
masa.Ia merupakan satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah
lama wujud di Nusantara. Perkara di atas jelas menunjukkan kepentingan tulisan Jawi
pada masa itu. Oleh itu, tulisan jawi sangatlah releven di pelajari pada masa
kini walaupun masyarakat hari ini lebih mengutamakan penggunaan teknologi
seperti telefon pintar daripada mempelajari buku-buku atau penulisan yang
berunsurkan Jawi ini kerana bagi menjaga penulisan Jawi daripada terus luput di
telan zaman dalam arus permodenan ini.
Pengetahuan dalam tulisan jawi pada
masa kini dapat memerhatikan manuskrip. Penjagaan manuskrip ini adalah sangat
penting kepada peradaban alam Melayu dan dunia. Apalagi, karya sastera dianggap
cermin masyarakat, secara utuh mencatat suatu kejadian (Orr, 1986; Umar Jurjus,
1990a). Jadi, bahan-bahan sejarah ini perlu di kekalkan dengan bukti-bukti yang
kukuh tanpa ada sebarang pengubahsuaian oleh mana-mana pihak. Maka itulah
peranan masyarakat kini perlu menjaga manuskrip ini dengan selalu dibaca dan
diselidik serta di jaga rapi oleh masyarakat yang memiliki ilmu tulisan Jawi
ini. Ia juga merupakan kepentingan penjagaan kini dan dimanfaatkan bagi masa
yang akan datang. Walaupun teknologi kini sungguh canggih sehingga tak terjangkau
dek akal ini, pembelajaran jawi ini sungguh penting dan boleh dipelajari dengan
memuat turun aplikasi pembelajaran jawi ini, serta kita sebagai pemikir biasa
perlu berfikiran diluar kotak bagi kepentingan tulisan Jawi ini.
Penggunaan tulisan Jawi pada masa
kini untuk mengekalkan adat, budaya, dan resam Melayu.Hal ini kerana, adat,
budaya dan resam Melayu kebanyakannya diceritakan dalam sastera rakyat dan
sastera rakyat ini adalah dikarang dengan tulusan Jawi.Pati kehebatan orang
Melayu sebenarnya banyak terakam dalam tulisan Jawi. Orang-orang Melayu
mempunyai kehebatan yang tersendiri yang diserlahkan dalam tulisan Jawi dan
sastera rakyat yakni tulisan Jawi ini memainkan peranan untuk menyampaikan
mesej dan membawa pengajaran di setiap perlakuan dalam masyarakat. Keindahan
dan kehebatan sastera rakyat ini adalah terletak pada kelisanannya dan apabila
dituliskan maka yang tersirat akan beransur-ansur tenggelam. Jika mampu digali
Cuma boleh dilakukan oleh orang yang mahir sahaja. Penyalinan semula sastera
Melayu dalam tulisan rumi juga adalah satu kelemahan kerana ketulinan cerita
akan hilang. Selain itu, menjadi anak muda Melayu yang menjauhi tulisan
Jawi.Pati kehebatan orang-orang Melayu sebenarnya masih banyak terakam dalam
trulisan Jawi. Maka di situlah kepentingan tulisan jawi ini dapat dilihat untuk
mentransliterasikan karya tersebut untuk pengajaran kehidupan kini yang bertaut
dengan perkembangan sains dan teknologi ini.
Di samping itu, pada tahun 1981 iaitu 18 tahun
selepas pelaksanaan dasar tulisan Rumi, Jawatankuasa Mengkaji Semula Penggunaan
Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan telah mengesyorkan “supaya ejaan Jawi
dikaji semula dan diperkemas dan dikeluarkan ebuah buku Dafta Ejaan Ejaan
Rumi-Jawi dengan tujuan untuk digunakan di sekolah.” Pada tahun 1992 Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya menggunakan
sistem ejaan Jawi yang disempurnakan ini mulai tarikh 22 Januari 1992 yang
disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kesimpulannya, tulisan Jawi ini
adalah merupakan kunci bagi orang-orang Melayu.Segala perihal yang ingin datuk
nenek moyang kita sampaikan suatu ketika dahulu ada tercatat dalam tulisan Jawi
ini.Maka amat rugilah jika masyarakat kini membiarkan warisan tulisan Jawi
luput begitu sahaja tanpa ada usaha yang dilakukan untuk mengekalkannya.Lebih-
lebih lagi dalam perkembangan sains dan teknologi kini yang sanggat
terkehadapan sehingga melalaikan masyarakat terutama golongan muda untuk mempelajari
ilmu-ilmu tulisan jawi ini.
No comments:
Post a Comment