PENGENALAN
Bahan
bantu mengajar bermaksud segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan proses pembelajaran di sekolah. Bahan bantu
mengajar juga adalah bahan yang boleh dilihat, didengar, dibaca, dipegang,
dihidu, digunakan dan sebagainya.
Menurut
Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik
mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah
penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
mencukupi. Dalam menentukan kejayaan para pelajar,bahan bantu mengajar ini
sangat memainkan peranan yang penting.Ia dapat menimbulkan rangsangan keinginan
dalam kalangan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan juga untuk menjadikan
pembelajaran lebih menarik.
Teknik
atau strategi membaca secara kritikal bermaksud membaca secara berkesan
memerlukan pembaca mendekati teks secara kritikal. Pembacaan secara kritikal
memerlukan pembacaanya menilai apa yang dibaca bukan sekadar mengetahui mengapa
dan bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan. Pembacaan secara kritikal
berupaya memandu pengalamanya untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya
proses pembacaan mereka menjadi pembacaan berkesan.
Teknik menerap imej pula adalah satu
prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang di baca
sebagai cara untuk mempertingkatkankefahaman. Tiga perkara asas dalam teknik
ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Bahan bantu mengajar
yang dipilih untuk bacaan pengajaran pada kali ini adalah merujuk kepada bahan
bantu mengajar bukan elektronik iaitu model. Model adalah bahan gantian yang
menyerupai bahan sebenar. Bahan ini kebiasaanya bersifat tiga dimensi (3D),
yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi. Model
juga, boleh dikatakan sebagai bahan yang mudah meresap ke dalam minda pelajar
dan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pembelajaran. Pada kebiasaanya,
alat bantu mengajar seperti model, digunakan dalam mata pelajaran Sains,
Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi, dan sebagainya.
JENIS-JENIS ALAT BANTU MENGAJAR
Bahan
bantu mengajar atau BBM, adalah alat atau instrument yang boleh digunakan oleh
guru disekolah untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti pengajaran. Alat
bantu mengajar ini juga terdapat banyak jenis
dan mempunyai kaedah yang berbeza untuk digunakan. Menurut Brown J.W
(1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik
darjah. Bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
:
a) Bahan
bantu mengajar bukan elektronik.
b) Bahan
bantu mengajar elektronik.
c) Bahan
bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Bahan
Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1. Papan
tulis atau papan hitam
2. Buku
teks
3. Papan
pamer atau papan bulletin
4. Model
Bahan
Bantu Mengajar Elektronik
1. Overhead
Projector (OHP)
2. LCD
Projector
Bahan
Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar
1. Pengalaman