Monday, 26 March 2018

KEMAHIRAN PENGOLAHAN ISI PENGAJARAN


Rancangan Pengajaran Harian

Tingkatan :  4 SASTERA PUNCAK AWANGAN
Mata pelajaran: Kesusasteraan Melayu
Genre : Prosa Tradisional 
Bilangan pelajar : 20  (L:8 / P:12 )
Tarikh: 05 Mac 2018
Masa: 7.40 – 9.00 pagi ( 80 minit)
Tajuk:  Bentuk Puisi
Pendekatan : Mengalami Menghayati.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
                                i.            menerangkan sekurang-kurangnya empat bentuk puisi dalam karya melalui teknik Kotak Neon.


Hasil Pembelajaran : 
Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
5.0 Menganalisis bentuk puisi

Hasil Pembelajaran Keseluruhan (HPK)
5.1 Menghuraikan bentuk puisi dalam karya.
Aras 2
i-                    Menjelaskan bentuk puisi.


Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Puisi

Nilai kemanusian: Kebijaksanaan, keintelektualan, persahabatan, keberanian, bertanggungjawab, bersemangat waja.

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir kritis (Mengumpul dan mengelas), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (video dan audio), kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan emosi, kemahiran belajar cara belajar (mengumpul maklumat, mendengar dan bertutur), kecerdasan ruang, pembelajaran secara konstruktivisme, kecerdasan kinestetik dan kecerdasan visual ruang.

Bahan Bantu Mengajar (BBM): Komputer riba, LCD, Projektor, Tayangan Powerpoint, Kotak Neon.

Bahan Bantu Belajar (BBB): Teks Nilai Insan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca Pantun Empat Kerat Kasih Jualan.

Sumber: Teks Nilai Insan berfokus kepada puisi Pantun Empat Kerat Kasih Jualan. Kuala Lumpur: DBP.



Langkah/ Masa
Isi Pengajaran
Aktiviti
Catatan

Langkah 3

8.40 – 8.50

(10 Minit)

Bentuk puisi
- Teknik menganalisi bentuk puisi.
-Mengenalpasti bentuk puisi yang sesuai.
Ciri-ciri bentuk puisi;
1. Bilangan rangkap.
2. Bilangan baris dalam serangkap.
3. Bilangan kata dalam sebaris.
4. Bilangan suku kata dalam sebaris.
5. Rima akhir.
6. Bentuk puisi.
- Murid diterangkan definisi pantun.
- Murid diterangkan bentuk puisi.
- Guru memberikan kad edaran bentuk puisi menggunakan Kotak Neon.
- Murid membincangkan dan meneliti setiap perkara yang tertulis diatas kertas edaran tersebut untuk melengkapkan isi pembelajaran.
- Guru menayangkan tiap-tiap bait pantun untuk rujukan pelajar yang tidak membawa teks.
- Murid menganalisis dan merujuk kepada bait-bait pantun untuk menentukan bentuk pantun tersebut.
- Murid memberikan jawapan dengan tepat tentang bentuk puisi berdasarkan analisis yang telah dibuat.
- Murid dibetulkan oleh guru bagi tiap-tiap jawapan yang telah diberikan mengikut tata cara menjawab soalan peperiksaan.
- Murid diarahkan membaca puisi dalam bentuk lagu mengikut iringan muzik oleh guru.

BBM:
-Komputer riba, LCD, Projektor, Tayangan Powerpoint.
Ilmu: -Puisi
Nilai Kemanusiaan:
-Kebijaksanaan
-Keintelektualan
-Persahabatan
-Keberanian
-Bertanggungjawab
-Bersemangat waja
Kemahiran Bernilai Tambah:
a) Kemahiran berfikir kritis
- Menganalisis
b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
-Video, grafik dan audio
c) Kemahiran belajar cara belajar
-Mengumpul maklumat
-Melihat
-Mendengar
-Bertutur
d) Kecerdasan pelbagai
-Verbal-Linguistik
Kaedah:
-Kumpulan
Teknik:
-Kotak Neon



Video pengajaran teknik mengolah isi pengajaran boleh dilihat dalam pautan link YouTube di bawah.






No comments:

Post a Comment

Kajian Tindakan Pengajaran Bentuk Puisi

Kajian tindakan adalah berteraskan pengajaran BENTUK PUISI. Bagi mendapatkan sorotan penuh kajian tindakan ini sila layari link di bawah; ...