Monday, 30 November 2015

MENGHASILKAN BLOG SENDIRI (tips...)

MENGHASILKAN BLOG SENDIRI

PENCIPTAAN BLOG MENGGUNAKAN GOOGLE BLOOGER

Tips je ea…


Google Blooger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu;


2.       http://www.blogsport.com


Google blooger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan blog secara mudah dan cepat. 

Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah;


1.      1.Menghasilkan akaun Blooger (akaun google)
2.      2. Menamakan Blog
3.       3.Memilih template yang sesuai untuk blog.



Semoga Berjaya menghasilkan Blog anda………………….~,,~…………….

PENYEDIAKAN ANALISIS MARKAH(exel).

CARA-CARA UNTUK MENYEDIAKAN ANALISIS MARKAH.
TIPS; Lebik Baik menggunakan satu aplikasi EXEL sahaja.

1.       Anda perlulah membuka aplikasi Word.
2.       Tentukan format laporan yang hendak digunakan;
a.       Tajuk: Analisis kursus bahasa pengaturcaraan
b.      Synopsis kursus
c.       Analisis pencapaian pelajar
d.      Laporan
3.       Pilih menu Insert kemudian cari symbol Object.
a.       Klik Object > Create New dan Creat From File. Pilih Creat New > Scroll > Microsoft Office Exel 97-3003 Worksheet.> OK.
b.      Guna If… else untuk mendapatkan gred.
c.       Untuk mendapatkan lembaran kerja (sheet), anda perlu mengklik Insert Worksheet (Shift+F11) dan terpapar Sheet 2.
d.      Bina graf. Langkah pembinaan graf adalah sama seperti mana anda pelajari dalam Microsoft Exel.




Sekian……*..*…….

TEKNIK-TEKNIK ASAS DALAM POWERPOINT

TEKNIK-TEKNIK ASAS DALAM POWERPOINT

1.       MEMBUKA PERISIAN POWERPOINT
a.       Mulakan perisian
b.      Pilih reka bentuk slaidklik –Design < Slaid Design
c.       Masukkan Teks (Tajuk Persembahan) dan klik To Add Tittle.
d.      Simpan.
e.      Bina slaid baru- klik Home dan New Slide.

2.       MASUKKAN GRAFIK
a.       Klik –Insert > Picture dan klik From File.
b.      Boleh memilih gaya persembahan gambar dengan klik > Picture Style
c.       Masukkan teks klik – Insert >Text Box > and Enter

3.       MEMBINA ANIMASI BAGI TEKS DAN GRAFIK
a.       Klik Animations dan pilih animasi yang sesuai
b.      Dan kill OK.

4.       MEMASUKKAN ELEMEN BUNYI
a.       Pilih menu Insert > klik ikon Sound


SEKIAN…MEMPERSEMBAHKAN SLIDE…^_>…….

KAEDAH MEMBINA SURAT MENGGUNAKAN KAEDAH MEL CANTUM

PENGGUNAAN MICROSOFT WORD

MEMBINA SURAT MENGGUNAKAN KAEDAH MEL CANTUM
A.    Membina Dokumen Utama
1.     Buka fail surat pengesahan dan padamkan nama serta alamat.
2.     Klik Mailing > Start Mail Merge > Step by Step Mail Merge Wizard.

B.    Membina Senarai Penerima
1. Pada Select document type, pilih Letters dan klik Next: Starting documents.
2. Serterusnya, klik Use the current documents dan klik pada Next: Select recipiens.
3. berikutnya, tekan pada Type a new list dan klik Create.
4. setelah itu, pilih Customize Columms dan pilih Field Names yang tidak diperlukan. Dan select > delete. Dan tekan >ok.
5. seterusnya adalah masukkan data yang teklah dipilih dan dipaparkan. Dan klik OK.

6. anda perlu simpan senarai ini dengan menamakannya senarai penerima dan disimpan dalam folder projek pengesahan graduan.
7. file akan disimpan dalam format Microsoft Access (.mdb) dan boleh diambil semula untuk tujuan penambahan atau kemas kini rekod. Sekiranya, senarai penerima telah lama disediakan, pilih Use an existing list > Edit recipts list.
8. Setelah siap sekaliannya, pilih Adress Block. Kotak dialog Insert Adress Block dipaparkan.
9. klik OK dan Adress Blok dipaparkan.
10. klik Next: Preview your letters dan alamat penerim pertama akan dipaparkan.
11. seterusnya, anda boleh melaksanakan proses mencetak surat. Klik print atau Edit Individual Letters sekiranya ada perubahan bagi surat tertentu.

SEMOGA BERJAYA MENGGUNAKAN MEL CANTUM INI..^,^ …



Persekitaran Madani sesuai dibentuk di Malaysia

MEMBENTUK PERSEKITARAN MADANI

Persekitaran Madani sesuai dibentuk di Malaysia

Pembentukan persekitaran madani di Malaysia perlu bercirikan Urban Society (masyarakat bandar yang moden) dalam semua aspek kehidupan termasuk cara berfikir (way of thinking), cara hidup (way of living), cara beragama dan berbudaya, cara bekerja dan bertindakbalas (way of reacting).

Masyarakat tidak lagi dibelenggu oleh kejumudan fikiran dalam era teknologi maklumat ini kerana segala maklumat dihujung jari. Segala 'pintu' terutamanya pintu kebaikan boleh dibuka dengan kunci minda (key of knowledge) sementara pintu keburukan pula ditutup rapat dengan kunci iman (key of faith).

Langkah kerajaan memperkasakan bidang pendidikan dipuji dan wajar lebih diberi keutamaan dalam merealisasikan persekitaran madani di Malaysia. Fokus ke arah itu jika diberi keutamaan oleh semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat dilihat positif kerana dapat mengembangkan status negara maju pada masa hadapan berlandaskan ajaran Islam yang universal.

Antara ancaman subversif yg menghalang pembentukan persekitaran itu ialah ketakutan terhadap Islam (islamophobia) merupakan persepsi yang dipopularkan oleh Barat dan merupakan masalah yg seiringan dengan agenda pendoktrinan yahudi dalam kesemua cara-cara di atas (way of thinking, living,reacting). Masyarakat Islam pasif dengan dengan persekitaran sedia ada dengan menerima segala bentuk peliberalan dan enggan menolak ancaman itu dengan konsisten. Konsistensi amat signifikan memandangkan bagi menyekat ancaman yang datang bertali arus tanpa henti mengakibatkan penyakit yang diwarisi oleh generasi. Penyakit diabetis tidak mengakibatkan jangkitan kepada organ perkumuhan sebaliknya tetapi organ lain yang tidak bersangkutan. Ancaman itu juga ibarat virus HIV yang melemahkan sistem pertahanan badan secara perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan kematian umat untuk jangka masa panjang.

Kegagalan sistem pendidikan dikatakan menjadi penyebab mengapa mindsetting umat tidak berubah, tidak mantap dan hanyut dengan suasana. Kita tidak pasti di manakah kekurangan sistem pendidikan kita,mungkin kita terlalu ekstrim dengan pendekatan Barat, sedangkan teras pendidikan kita dahulu berteraskan agama (sistem pondok). Mungkin sistem pendidikan pondok (murid duduk, makan, minum, tidur, bersolat, beriadah dengan guru) perlu diwujudkan kembali. Ini tidak wujud walaupun di asrama. Bagaimana kita ingin melahirkan pelajar yang mewarisi ilmu yang holistik sedangkan teori tidak dipraktikkan. Bagaimana guru dapat melahirkan pelajar yang mantap jika cara hidup, cara bertindakbalas tidak diketahui gurunya dan ditegur jika tersilap. Pelajar perlu belajar dari kesilapan yang dibuat. Di rumah mereka sangat bebas, sebab ibubapa pada asasnya bukan guru walaupun pada prinsipnya mereka perlu menjadi guru. Ibubapa hari ini ramai yang bersikap lepas tangan kerana kesibukan tanpa menegur kesilapan anak-anak seperti anak-anak kerap keluar, bebas pula berkawan di antara lelaki dan perempuan. Sistem pendidikan pondok tidak sebegitu coraknya. Segala ragam mereka dipantau oleh guru (syaikh).

Kesimpulannya, masyarakat madani amat perlu kepada perancangbentuk dan pendidikan persekitaran yang sesuai dengan kehendak Islam dan masa. Islam bukan sahaja membentuk sistem ekonomi dan pendidikan, malah sistem sosial dan bernegara. Masyarakat madani mustahil dapat dizahirkan jika persekitaran fizikal dan manusiawinya tidak madani (hapuskan pusat judi, pusat pelacuran, pusat hiburan, pusat pengeluaran arak). We are what we think.


NASI LEMAK

NASI LEMAK ..



BHN:
10-15 biji bawang kecil-dmayang halus
10 ulas bawang putih-dmayang halus
3 urat jari halia-dhiris memanjang
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak(cawan sukatan beras)
rempah tumis/rempah 4 sekawan
10-15 helai daun pandan-dpotong atau dsimpul
air panas mendidih secukupnya
11 cawan beras-telah dicuci dan toskan(cawan sukatan beras)
8-10 sudu kecil garam
serbuk perasa jika suka

CARA:
satukan semua BHN di atas,kemudian,tanak nasi seperti biasa...

TIPS:
1)utk elakkkan nasi jelantah/mentah,bile nasi hampir kering,tutupkan permukaan periuk nasi dgn daun pisang utk elak wap keluar

2)minyak masak berfungsi sebagai pelembut nasi..tp,jgn berlebihan ye..

3)sukatan cecair hendaklah 1cwn beras=1 1/2 cawan cecair(termasuk santan ye)

4)utk elak beras patah2,boley juga masukkan sekali beberapa ketul gula batu dan tanak nasi seperti biasa

RESEPI BUAT KARIPAP

KARIPAP RANGUP



BHN:
1kg tepunggandum
3/4 cawanmarjerinplanta-dpanaskan->cair
3/4 cawanminyakmasak-dpanaskan
1 sudukecilgaramhalus
air secukupnyeutkmenguli-lily gunalebihkurang 1 1/4 cawan air
INTI KARIPAP versi lily....
BHN KISAR (HALUS):
2-3 bijibawangbesar
1 labubawangputih
CARA:
gaul rata tepungdangaram
kemudian,masukkanmarjerindanminyakygtelahdpanaskan
gaulgunagarpu
kemudian,masukkan air sedikit demi sedikit,sambildulihinggamenjadidohlembut.
rehatkandohskejap
sediadgunakan

BHN KISAR (KASAR):
1 1/2 cawanudangkering-drendam(utkbuanggaram)-cucibersih
BHN LAIN:
15 -18 bijiubikentang-dpotongdadukasar
500 gmdaging-dpotongdadukecil
daun sup secukupnye-hiriskasar
daunbawang-dhirisdadu
2 sudumknserbukpatiaymknorr
garam
1-2 sudumknserbukladahitam
air separaskentang
1 sudumknrempahkaridgg

CARA:
panaskansdikitminyak
tumiskansumebhnkisar.stelahmasukkanbhnkisartd,tumisdgnapiperlahan
tambahkan air utkelakhangus
bile dh naikbau,masukkansumebhn lain serta air separaskentangdandaging
apisederhanabesar...
masakhggakentangdandagingempukdankering,sambil,sesekalidkacau..
dahciap....
biarsejukdulubaruboleydjdikanintikaripap ye...boleygakdjadikaninti samosa...
selamatmencube...

KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI III)

KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI III)

resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang  8" x 8" x 3"
·                     10 biji telur A
·                     300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
·                     500g mentega berkualiti/pure creamy butter
·                     1 sudu besar ovallete
·                     75ml air sejuk (dari peti ais)
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     100g gula kastor 
·                     300g susu pekat manis
·                     haw slice/ hawflake secukupnya
·                     2 sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan jenama lain)
·                     sedikit pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand)
cara-cara :
1.              Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang. 
2.              Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
3.              Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima.
4.              Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning) 
5.              Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper. 
6.              Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek.  Setelah  itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata)
7.              Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)
8.              Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140C-160C) 
9.              Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk. 

Ini adalah cara2 MeM melapis kek asam manis. Kalau tak silap menggunakan loyang 10 inci. Adunan 9 sudu besar utk setiap lapisan.
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur. 
***sukatan gula mengikut citarasa masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah dikurangkan ke 100g shj. 
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar menggunakan Buttercup)
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 

***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.


KEK BATIK COKLAT


Bahan-bahan ( 1 kg )
·                     200gm milo
·                     250gm butter
·                     3 sudu makan serbuk koko > sue guna brand van houten
·                     1 tin kecil susu pekat manis> sue guna 3/4 tin jer
·                     biskut meri secukupnya
Cara-cara:
1.          cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
2.          setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko....
3.          gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
4.          setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman....
5.          potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...


DISCOVERY KEDAH

DISCOVERY KEDAH 2016 BERMULA MAC TAHUN HADAPAN

Kuala Lumpur – Kerajaan Kedah menganjurkan kempen “Discovery  Kedah 2016 pada Mac Tahun Depan” yang menyediakan pelbagai program pelancongan khas dan mengesyorkan kedatangan lima juta pelancong di Negara itu.
            Menteri Besar Dato’ Seri Mukhris Tun Mohathir berkata kempen tersebut merupakan usaha yang julung kali diadakan bagi mempromosikan Kedah sebagai salah satu dastinasi pilihan menarik buat para pelancong di negara ini.
            Menurut beliau kempen tersebut bertemakan “Kedah, Malaysia Where it All Began” dan mengesyorkan pelancong dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Brunei, dan Singapura.
            Kedah merupakan sebuh negeri yang mengagumkan dan kami mahu menjadikan pelancong datang untuk melihat keindahan sendiri.
            Pakar sejarah purba dan ahli sejarah telah membuktikan bahawa Kedah adalah tapak peradaban atau tamadun yang tertua di Asia Tenggara dan kesultanan Kedah adalah salah satu pemerintahan beraja berterusan yang tertua di dunia.
            Saya yakin sasaran lima juta pelancong berkunjung ke Kedah akan tercapai dan ini sekaligus mampu mengangkat nama kedah sebagai satu destinasi pelancongan menarik di rantau ASEAN, katanya.
            Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian ‘Kempen Discovery Kedah 2016’ di Hotel Seri Pasifik disini baru-baru ini.
Yang turut hadir Exco Pelancongan Kedah Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid, pegawai kewangan negeri Kedah Dato’ Bakar Din dan pengarah kanan bahagian promosi Tourism Malaysia Datin Normasila Musa.


PENGARANG ISTANA TERPINGGIR

Sastera Melayu pernah digunakan oleh penjajah untuk menyebarkan dakyah Barat semasa penjajahan sekitar lingkungan abad ke-17 hingga ke-19 sehinggakan naskhah yang dihasilkan mengagungkan tokoh lnggeris dan menampilkan budaya mereka sebagai lebih bertamadun. Ia memberi kesan yang panjang sehingga selepas Merdeka dan ada segelintir masyarakat yang menganggap mereka hebat dan wajib diteladani. Hal itu dikupas Felo Penyelidik Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Taslim dalam wacana berjudul Manuskrip Melayu di 'Istana Eropah'; Pesona Eropah dan Literary RenaissaTjce di Dunia Melayu pada Abad Transisi di ATMA, UKM, Bangi.
Pada suatu masa juga, sastera melayu dikuasai Eropah. Noriah berkata, hegemoni budaya Barat dapat dilihat apabila kebanyakan 'manuskrip dan karya yang dihasilkan terutama pada abad transisi elikuasai Eropah bukan saja dari sudut gaya bahasa tetapi mempengaruhi genre dan ciri sastera yang menampilkan ketinggian tamadun Eropah. "Abad transisi ialah saat genting yang digunakan Eropah untuk menjalankan agenda mereka bagi memperlekehkan Timur dan mengagungkan Barat. Atas dasar itu, lahirlah pengarang pinggiran kerana pengarang pada zaman sebelumnya hanya dalam kalangan orang istana," katanya pada wacara yang dipengerusikan Felo Penyelidik Utama, ATMA UKM, Prof Dr Ding Choo Ming. Beliau berkata, hal itu melahirkan pengarang yang bergaul dengan bangsa Eropah seperti Abdulah Munshi yang berdampingan dengan Thomson, Keasberry, Raffles dan North, manakala Ahmad Rijaluddin pula bersama Robert Scott.
Berikutnya, mencemuh budaya Melayu "Kesan pergaulan rapat kelompok pengarang Melayu dengan Barat begitu ketara apabila Abdullah Munshi dalam karyanya mencemuh sastera dan warisan Melayu sehingga ia mempengaruhi orang Melayu. Pada waktu itu untuk memperlekeh kedaulatan raja dan budaya Melayu," katanya. Tambahnya,model penulisan baharu turut dibawa oleh orang Eropah dengan menetapkan genre yang perlu dikarang orang Melayu, iaitu' cerita berbentuk sejarah, perang, travelog, memoir, jurnal, majalah dan akhbar. " Naungan Eropah dalam sastera Melayu begitu jelas dengan kehadiran genre baharu, dan bahasa juga diubah kepada bahasa vernakular atau bahasa pasar dengan tulisan Jawi dihakis sedikit demi sedikit kepada tulisan Rumi kerana dibimbangi memberi pengaruh lebih kuat kepada penyebaran Islam. Oleh kerana mereka tidak mahukan Islam.
.
Berpaksik Barat pula, "Antara naskhah yang jelas berpaksikan Barat ialah “Cerita Kapal Asap” oleh Abdullah Munshi yang mengagungkan tamadun Eropah sehingga menimbulkan pesona peribumi terhadap mereka, selain “Hikayat Sa bar Ali” yang menjunjung sistem keadilan Inggeris," katanya. Pengaruh Inggeris juga berjaya yakni orang Melayu mula menyisihkan manuskrip dihasilkan pengarang istana sehingga ia dianggap tidak relevan, bahkan ada yang bertindak menjualkannya kepada orang Barat dengan harga serendah 10sen senaskah. "Satu ketika dulu, manuskrip dipandang tinggi dimana meriam akan dibakar sebagai tanda penghormatan sabelum dibacakan”. Di sebalik orang Eropah yang mencemuh warisan Melayu, mereka sebenarnya bergelut untuk menyalin dan menyimpan koleksi manuskrip ini, Sehingga kini kebanyakannya berada di tangan mereka, sekali gus menyebabkan budaya manuskrip Melayu dilepaskan begitu saja," katanya.

Indonesia juga berkongsi nasib. Pada wacana itu juga, pesertanya, iaitu pelajar bidang Filologi eli ATMA dari Indonesia, Muhlis Hadrawi berkongsi senario yang sama dihadapi oleh negaranya apabila manuskrip hampir hilang begitu saja kerana ketiadaan pengkaji yang dapat menyimpan, merawat dan mengkaji koleksi berkenaan. "Keadaan di Indonesia agak teruk kerana banyak manuskrip lama yang diabaikan, bahkan ia dianggap sebagai tidak penting kerana terlalu memberi focus kepada kecanggihan dan kemodenan. "Malangnya tidak ada pihak yang sudi membantu termasuk pemerintah yang tidak menyalurkan sebarang dana bagi pengumpulan dan pengawasan manuskrip sedia ada," katanya. Pengalaman yang dialami bangsa Melayu itu sewajarnya mencetuskan kesedaran kepada masyarakat untuk meletakkan manuskrip pada kedudukan seperti 'ibu' kepada warisan bangsa, sekali gus menjadikan khazanah itu sebagai bahan kajian dan sumber penting dalam mendidik masyarakat.

Kesimpulannya, penjajah memanfaatkan saat genting untuk menjalankan agenda mereka bagi memperlekehkan Timur dan mengagungkan Barat. Oleh itu, kita sebagai warga baru perlu mencari jalan untuk terus memelihara khazanah-khazanah yang ada bagi kelangsungan yang baik dimasa akan datang.


Peranan Tulisan Jawi Kini

Peranan Tulisan Jawi Pada Zaman Sekarang, Masih Releven Atau Tidak Dalam Perkembangan Sains Dan Teknologi.

            Tulisan Jawi adalah sebagai penanda aras kepada penguasaan tamadun Islam. Tulisan ini akan cuba mengupas persoalan ini dengan mengenengahkan peranan tamadun Islam dalam mengembangkan penguasaannya sehingga ke dunia sebelah nusantara ini, dengan tulisan sebagai petunjuk kepada penguasaan tersebut. Seterusnya, tulisan ini juga akan mengeluarkan beberapa pengajaran daripada analisis ini yang boleh digunakan oleh generasi hari ini dalam mengukuhkan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Malaysia khususnya.Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan Islam.Sememangnya sejarah penggunaan tulisan Jawi amat rapat dengan sejarah kemasukan dan penghayatan Islam di seluruh Kepulauan Melayu amnya dan Malaysia khususnya.Tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan berasaskan huruf Arab, untuk mengeja bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam walaupun sebelum ini bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi. Ini adalah kerana tulisan Jawi lebih serasi untuk melambangkan bunyi istilah-istilah agama Islam yang kebanyakannya bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadith yang wajib disebut secara betul supaya tidak berlaku perubahan bunyi yang mudah terjadi jika dieja dalam tulisan Rumi dan dapat menjejas keimanan pembaca tersebut kerana huruf jawi memiliki maksud yang tersendiri. Persoalannya, apakan peranan tulisan Jawi pada zaman sekarang ini masih releven atau tidak dalam perkembangan sains dan teknologi.
Pada pendapat saya, peranan tulisan Jawi pada zaman perkembangan sains dan teknologi kini masih lagi releven. Dilihat pada zaman dahulu banyak juga karya-karya Arab dan Parsi yang di terjemah kedalam bahasa Melayu yakni dalam tulisan Jawi (Teuku Iskandar, 1995: 317). Tulisan Jawi amat releven pada masa kini adalah untuk mentransliterasi karya yang di hantar oleh kenalan atau masyarakat melalui sistem teknologi kini. diliha Dalam arus perkembangan sains dan teknologi kini, penggunaan media sosial adalah cukup meluas seperti laman sesawang Face Book, WhatsApp, WeChat, Twitter dan pelbagai aplikasi lagi, maka penyebaran dakyah-dakyah adalah cukup meluas dan mudah sampai. Penyebaran dakyah-dakyah ini bukan sahaja menggunakan tulisan rumi malahan ada juga yang menyelitkan penggunaan tulisan Jawi. Saya mengusul perkara ini kerana, bimbang mungkin akan ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah sesat dalam media sosial dengan menyelitkan hal yang sesat tersebut dalam betuk tulisan Jawi ini kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini tahu bahawa ada sesetengah masyarakat akan bersetuju dengan sesuatu yang dihantar itu tanpa mengetahui maksud yang sebenar dek kerana tidak mengenal Jawi. Persetujuan ini berlaku apabila masyarakat menekan tanda “Like” yang berkna setuju seperti dalam susun atur penggunaan Face Book ini. Bukan mengapa, hal ini bimbang akan jatuh kepada kufur atau kafir seseorang itu kerana kelalaiannya dalam menyetujui sesuatu. Oleh itu, pembelajaran tulisan jawi dapat membina insan yang lebih fokus dalam menentukan sesuatu untuk dirinya mahupun kepada masyarakat lain.
            Seterusnya, tulisan Jawi masih lagi releven, kerana merupakan satu warisan. Sejarah menunjukkan bukti bahawa, zaman kegemilangan tulisan Jawi dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan ketinggian martabatnya terutama pada abad ke-18 kerana perjanjian-perjanjian penting ini ditandatangani dalam tulisan Jawi serta dengan perjanjiannya yakni zaman penjajahan British di tanah Melayu yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, penjajahan Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, perjanjian Pangkor 1874, pemasyuran kemerdekaan 1957. Begitu hayat tulisan Jawi dalam gelombang masa.Ia merupakan satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Perkara di atas jelas menunjukkan kepentingan tulisan Jawi pada masa itu. Oleh itu, tulisan jawi sangatlah releven di pelajari pada masa kini walaupun masyarakat hari ini lebih mengutamakan penggunaan teknologi seperti telefon pintar daripada mempelajari buku-buku atau penulisan yang berunsurkan Jawi ini kerana bagi menjaga penulisan Jawi daripada terus luput di telan zaman dalam arus permodenan ini.
            Pengetahuan dalam tulisan jawi pada masa kini dapat memerhatikan manuskrip. Penjagaan manuskrip ini adalah sangat penting kepada peradaban alam Melayu dan dunia. Apalagi, karya sastera dianggap cermin masyarakat, secara utuh mencatat suatu kejadian (Orr, 1986; Umar Jurjus, 1990a). Jadi, bahan-bahan sejarah ini perlu di kekalkan dengan bukti-bukti yang kukuh tanpa ada sebarang pengubahsuaian oleh mana-mana pihak. Maka itulah peranan masyarakat kini perlu menjaga manuskrip ini dengan selalu dibaca dan diselidik serta di jaga rapi oleh masyarakat yang memiliki ilmu tulisan Jawi ini. Ia juga merupakan kepentingan penjagaan kini dan dimanfaatkan bagi masa yang akan datang. Walaupun teknologi kini sungguh canggih sehingga tak terjangkau dek akal ini, pembelajaran jawi ini sungguh penting dan boleh dipelajari dengan memuat turun aplikasi pembelajaran jawi ini, serta kita sebagai pemikir biasa perlu berfikiran diluar kotak bagi kepentingan tulisan Jawi ini.
            Penggunaan tulisan Jawi pada masa kini untuk mengekalkan adat, budaya, dan resam Melayu.Hal ini kerana, adat, budaya dan resam Melayu kebanyakannya diceritakan dalam sastera rakyat dan sastera rakyat ini adalah dikarang dengan tulusan Jawi.Pati kehebatan orang Melayu sebenarnya banyak terakam dalam tulisan Jawi. Orang-orang Melayu mempunyai kehebatan yang tersendiri yang diserlahkan dalam tulisan Jawi dan sastera rakyat yakni tulisan Jawi ini memainkan peranan untuk menyampaikan mesej dan membawa pengajaran di setiap perlakuan dalam masyarakat. Keindahan dan kehebatan sastera rakyat ini adalah terletak pada kelisanannya dan apabila dituliskan maka yang tersirat akan beransur-ansur tenggelam. Jika mampu digali Cuma boleh dilakukan oleh orang yang mahir sahaja. Penyalinan semula sastera Melayu dalam tulisan rumi juga adalah satu kelemahan kerana ketulinan cerita akan hilang. Selain itu, menjadi anak muda Melayu yang menjauhi tulisan Jawi.Pati kehebatan orang-orang Melayu sebenarnya masih banyak terakam dalam trulisan Jawi. Maka di situlah kepentingan tulisan jawi ini dapat dilihat untuk mentransliterasikan karya tersebut untuk pengajaran kehidupan kini yang bertaut dengan perkembangan sains dan teknologi ini.
 Di samping itu, pada tahun 1981 iaitu 18 tahun selepas pelaksanaan dasar tulisan Rumi, Jawatankuasa Mengkaji Semula Penggunaan Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan telah mengesyorkan “supaya ejaan Jawi dikaji semula dan diperkemas dan dikeluarkan ebuah buku Dafta Ejaan Ejaan Rumi-Jawi dengan tujuan untuk digunakan di sekolah.” Pada tahun 1992 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya menggunakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan ini mulai tarikh 22 Januari 1992 yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
            Kesimpulannya, tulisan Jawi ini adalah merupakan kunci bagi orang-orang Melayu.Segala perihal yang ingin datuk nenek moyang kita sampaikan suatu ketika dahulu ada tercatat dalam tulisan Jawi ini.Maka amat rugilah jika masyarakat kini membiarkan warisan tulisan Jawi luput begitu sahaja tanpa ada usaha yang dilakukan untuk mengekalkannya.Lebih- lebih lagi dalam perkembangan sains dan teknologi kini yang sanggat terkehadapan sehingga melalaikan masyarakat terutama golongan muda untuk mempelajari ilmu-ilmu tulisan jawi ini.

Sunday, 29 November 2015

PENGGUNAAN SOFWARE “GIM




PENGGUNAAN SOFWARE “GIMP”

SOFWARE “GIMP” INI MEMUDAHKAN PROSES MENGEDIT GAMBAR-GAMBAR UNTUK TUJUAN MENCANTIKKANNYA. SEPANJANG SAYA MENGGUNAKAN SOFWARE INI , SAYA MENJADI GEMAR MENGGUNAKANNYA KERANA IANYA LEBIH MUDAH SERTA CARA MENGGUNAKANNYA TIDAKLAH BEGITU RUMIT UNTUK DI SELENGGARA. DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI INI, SAYA BERJAYA MENYIAPKAN POSTER SAYA DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT.
CARA MENGGUNAKAN;
1.     Buka aplikasi GIMP
2.     Buka “FILE” dan tekan “OPEN” untukmendapatkan imej yang ingin “di edit”
3.     Setelah mendapat gambar yang sesuai, tekan “LAYER”  dan tekan aplikasi “TRANPARENCY” serta pilih aplikasi “ADD ALPHA CHANEL” untuk di potong dan di edit gambar tersebut.
4.     Setelah itu, tekan “SELECT” “ALL” dan seterusnya “COPY” gambar tersebut dan diletakkan pada ruang yang anda sediakan sebagai latar belakang.
5.     Tekan “TO NEW LAYER”
6.     Dan baharulah anda boleh edit untuk kedua kalinya.
7.     Seterusnya anda bolehlah mengedit gambar tersebut mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
8.     Setelah selesai bolehlah “SAVE” sama ada untuk “SAVE AS” atau “EXPORT AS”.


Kajian Tindakan Pengajaran Bentuk Puisi

Kajian tindakan adalah berteraskan pengajaran BENTUK PUISI. Bagi mendapatkan sorotan penuh kajian tindakan ini sila layari link di bawah; ...